Friday 28 October 2011

IMBUHAN


Imbuhan ber-, ber...an, dan ber...kan
1. Imbuhan ber- dapat berubah rnenjadi be-, bel-, dan tetap sebagai ber-, bergantung kepada
kata-kata yang digunakan seperti keterangan yang berikut:
(a) menjadi ber- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku
kata pertamanya diakhiri dengan er.
Contohnya:
rakit => berakit
renang => berenang
serta => beserta
b) menjadi bel- hanya apabila bertemu dengan kata ajar.
ajar = belajar
(c) tetap sebagai ber- apabila bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan
ada => berada
ekor berekor
nasib bernasib
piaah => berpiaah
sumpah=> bersumpah
2. Kata-kata yang berawalan berdapat diaertai akhiran -an dan -kan menjadi ber...an dan
ber...kan. Misalnya: berdekatan, bertempiaran, berasaskan, berpandukan, berdasarkan,dan
sebagainya.
2 Imbuhan ter-, ter...i, dan ter...kan
1. Imbuhan ter- dapat berubah menjadi te- dan tetap sebagai ter- seperti penyataan yang
berikut:
(a) menjadi te- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata
pertamanya diakhiri dengan er. Contohnya:
rasa => terasa
rendam terendam
serlah teserlah
sergam tesergam

(b) tetap sebagai ter- apabila
bertemu dengan kata-kata lain
selain yang dinyatakan:
bangun terbangun
fikir terfikir
kumpul terkumpul
lambat terlambat
ubat terubat

Monday 17 October 2011

KATA NAMA


Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll

benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:

Pada awal ayat
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.

Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.

Thursday 6 October 2011

penjodoh bilangan


MARI  KENALI  PENJODOH BILANGAN BAGI BUAH


Sebuah Basikal

Sebuah kereta


Sebuah rumah